Baby · My Interest · Tips

Shopee : Membeli dengan mudah, menjual dengan selamat – #1

Sebelum aku teruskan cerita pasal apps shopee ni, sila maklum, review ini tidak dibayar. Niatku cuma nak share pengalaman sendiri.

Since setahun yang lepas, kesihatan dan masa kurang mengizinkan untuk aku keluar membeli-belah barang keperluan sekerap dahulu. Memandangkan aku agak cerewet dengan barangan sendiri dan Baby A, sukar nk percaya orang lain untuk membeli. So aku start using shopee.

Apps shopee ni percuma dan boleh diinstall dalam smartphone. Kebanyakkan benda yang aku beli adalah barang penjagaan diri/kosmetik dan barang bayi. 

Kelebihan utama menggunakan shopee, kita boleh search barang dan bandingkan harga dan kos penghantaran melalui result search tadi. So far, paling memuaskan hati adalah pembelian barang-barang bayi. And sesetengah seller yang wellknown macam OBW, Bump n Bambino, Angelland, QQbabyshoppe, Watson, Loreal dan lain-lain ada menjual di shopee juga. 

Kelebihan kedua, walaupun seller2 tadi juga menjual di website onlibe mereka pada harga yang sama, namun penggunaan shopee membolehkan kita kumpul coins. Coins ni macam reward dari hasi pembelian kita. Later, kita boleh tebus balik dan dapat potongan dari pembelian seterusnya. Kumpul banyak-banyak lepas tu redeemed. 

Kelebihan ketiga, shopee kerap bagi diskaun code untuk preferred shop. Kalau kita beli barang dari preferred shop, kita boleh apply discount yang diberi. Aku paling suka, bila dah search harga paling rendah dalam senarai preferred shop. Pastu apply discount code ni. Discount yang selalu mereka beri adalah rm8 off dari pembelian minima rm50. Seriously best, bayangkan barang dah ada discount, free postage, dapatlah extra rm8 discount, lepas tu tolaklah coins terkumpul. Giler best kan???

Dan keempat, selalunya pembeli rm30 ke atas ada free postage. Sila check terma dan syarat seller. Setiap kedai, lain2 syarat dia.

Kelima, dari segi keselamatan. Sekarang ramai scammer. Kalau ada beli dari mudah.my, sila berhati-hati, ramai dah terkena. Baik pembeli atau penjual. Dengan menggunakan shopee ni, bayaran kepada penjual hanya akan dibayar selepas pembeli menerima barangan. 

Dan yang terakhir, mudah mendapatkan barangan murah dari China. Biasanya term pre-order ni deliver dalam masa 1 bulan. Tapi so far less than 2 weeks aku dah dapat barangan.

Nanti post yang lain aku cerita pula kelemahan apps ni dan kelebihan menjual barangan menggunakan shopee. Panjang sangat jika nak tulis semua kat sini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s