Emotion

Terjaga di kala ini

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulilah malam ini aku di beri sedikit kesempatan untuk berasa nikmatNya. 

Bukan mudah menempuh hari-hari kebelakangan ini. Namun mempunyai tanggungjawab hidup memudahkan kita menetapkan matlamat hala tuju kehidupan.

Menjadi hambaNya kita kerap terlalai. Kena sentiasa mengingatkan diri. Walaupun kita ini acapkali terleka.

Jika ingin difikirkan soal masalah. Tiada manusia yang tidak pernah diuji hidupnya. Yang berharta, jika tidak diuji dari segi kasih sayang, diuji pula dari segi kesihatan. Yang kurang berkemampuan, dikurnia kasih-sayang, juga kerapkali diuji dari segi kesihatan. Begitu juga yang sederhana berkemampuan, sempurna kesihatan, kurang pula kasih sayang. Jarang sekali kita punya kesemuanya. 

Hakikatnya, manusia memang perlu diuji. Kerana ujian ini yanv mengembalikan kita kepadaNya. Berhenti bersungut, ambil masa, renungkan kembali, bernafas dengan tenang, telan satu-satu dengan semangat yang baru. Walau adakala aku juga tewas. 

Aku sering tewas dengan tingkahlaku manusia. Selalu mudah emosi atau terusik. Lama-lama aku akan jadi skeptikal. Jika diturutkan hati, kerapkali rasa ingin menghambur kembali. Namun ditahan rasa hati. Kerana setengah-setengah orang ini, kita bukan berhubung sekali sahaja, perlu berharmoni sehingga ke akhir hayat jika dizinkanNya. Lantas diam itu lebih mudah. Dan kena sabarkan hati, sedaya upaya mengunci mulut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s