Health & Beauty Tips

Alahan Ubat Gigi

vomit

Sepanjang bulan puasa yang lepas, aku mengalami alahan kepada ubat gigi yang agak teruk. Alahan itu masih berterusan sehingga kini berpunca dari kadar acid yang tinggi dan gastrik yang aku hidapi.

Permulaannya, berbagai usaha aku lakukan untuk mengurangkan rasa mual dan muntah akibat menggunakan ubat gigi. Contohnya, menggosok gigi sebaik sahaja selepas sahur, bertukar beberapa kali kepada ubat gigi berlainan jenis, mengelakkan pengambilan Vitamin C dan lain-lain. Namun segala usaha itu cuma mampu mengurangkan sedikit rasa mual tetapi tidak menghilangkannya sama sekali.

toothpasteUntuk ubat gigi, aku terpaksa bertukar kepada Maternity toothpaste. Namun rasa mual itu masih ada. Pengalaman alahan dan muntah hijau yang aku alami agak teruk juga. Sampai ke dalam perut, terasa seolah di korek-korek perut setiap kali menggosok gigi. Di kala muntah, akan lembik segala urat badan. Sehingga susah untuk berdiri dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan aku seringkali  terasa serik hendak menggosok gigi. Jika hari dan keseorangan di rumah, memang ada hari aku mengelak menggosok gigi sehingga sampai waktu berbuka.

Namun di akhir-akhir puasa, aku dapati cara untuk mengurangkan sedikit rasa sakit ketika muntah akibat menggosok gigi. Setiap kali hendak menggosok gigi, aku perlu minum segelas susu, milo atau minuman bersusu yang lain. Dan apabila aku muntah ketika menggosok gigi, rasa sakit perut seperti dikorek itu tidak terasa lagi. Namun aku masih lagi muntah, perkara ini tak dapat nak dielakkan disebabkan tahap Acid di dalam perut sangat tinggi.

Jika kalian mengalami masalah yang sama, boleh cuba petua ini. Minumlah air bersusu dalam jangkamasa 5-10 minit sebelum menggosok gigi. Kesakitan muntah hijau itu dapat dikurangkan. Jangan minum minuman berkafein dan yang mempunyai rasa kelat seperti teh tarik dan nescafe susu. Kerana rasa muntah anda nanti akan sangat pahit dan tidak menyelesakan. Jika anda muntah susu, rasanya tidak seteruk rasa pahit itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s