Ayam · Resepi

Resepi: Kimchi JJigae (Sup Kimchi)

Dah beberapa kali aku masak resepi ni. And dah cuba share dalam blog ni 2 kali, unfortunately due to internet problem, post aku tu x save pun. So hari ni aku share semula.

Kimchi jjigae
Kimchi jjigae

Bahan-bahan:

  • 1 keping isi ayam dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holland dihiris nipis-nipis
  • 1 pek kimchi – saya guna 1 pek kecil 150 gm, jika pek kimchi anda besar, boleh gunakan separuh sahaja

    Kimchi halal dalam pek - 150gm
    Kimchi halal dalam pek – 150gm
  • 2 sudu besar cili paste Gochujang (Hot Pepper Paste), jika tiada, boleh blendkan cili boh bersama 2 sudu tauchu

Pes chili gochujang, pastikan halal - tiada wine, alchohol
Pes chili gochujang, pastikan halal – tiada wine, alchohol
  • 1/2 pek cendawan enoki dibersihkan, buangkan bahagian akar

    Cendawan enokitake
    Cendawan enokitake
  • 1 pek tauhu lembut dipotong 6 bahagian
  • Sedikit cili padi dihiris halus
  • Sedikit ajinomoto/stok ayam
  • Daun bawang dihiris halus – asingkan bahagian daun dan bahagian putih (hampir dengan akar)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 cawan air masak

Cara menyediakan:

  1. Tumiskan sedikit minyak dengan bawang putih. Apabila naik bau, tumiskan isi ayam tadi sehingga sehingga sedikit masak.
  2. Tambahkan bawang besar holland, tumis sedikit lagi sehingga naik bau. Kemudian tambahkan pes chili gochujang. Tumis seketika.
  3. Masukkan kimchi bersama kesemua air perapannya. Tuangkan sedikit air untuk dijadikan sup. Tambahkan juga daun bawang bahagian putih.
  4. Masakkan seketika. Sesuaikan rasa dengan stok ayam atau ajinomoto. Jika tidak cukup masin, boleh tambahkan sedikit garam (kebiasaannya kimchi sudah cukup masin).
  5. Apabila sudah cukup pekat dan masak, akhirnya masukkan tauhu jepun dan cendawan enoki. Gaulkan berhati-hati. Biarkan dalam 5 minit. Tutupkan api.
  6. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s