Resepi · Sayur-sayuran

Resepi Tauhu Lembut Sos Tiram

IMG_2333

Bahan-bahan
1 paket tauhu lembut
2 camca besar minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak jika tiada)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ketul isi ayam (dicincang halus)
2 sudu besar sos tiram

2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah (jika suka)
Sedikit air masak
1/2 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara menyediakan masakan:
1) Rebuskan air di dalam periuk sehingga mendidih, masukkan tauhu lembut bersama bekasnya. Perlahankan api, rebus selama 5-10 minit. Tutup api dan keluarkan tauhu untuk disejukkan. Ketepikan seketika.
2) Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih sehingga kekuningan. Tambahkan isi ayam dan teruskan menggoreng sehingga isi ayam mulai masak.
3) Masukkan sos tiram, kicap pekat, dan minyak bijan. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit lada sulah dan stok ayam. Tambahkan sedikit air jika perlu. Biarkan mendidih.
4) Akhir sekali, tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan tutupkan api.
5) Buka paket tauhu lembut, tuangkan ke atas pinggan hidang. Kemudian tuangkan sos tadi ke atas tauhu. Taburkan sedikit daun bawang dan bawang goreng ke atasnya. Sedia untuk dinikmati.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s