Home Tips!!!

Menghapuskan daki kotoran di bilik air

Aku benci bilik air kotor. Somehow, aku ada obses dengan kebersihan bilik air. Ni dari zaman aku dahulu-kala lagi. Aku geli bila lantai berdaki dan dinding berlumut. Apatah lagi jika toilet bowl berkulat atau seat toilet tidak boleh diduduk kerana hitam. Sometimes, semua nampak kena pada tempatnya, somehow … ada bau. Tu paling fail antara semua. Mungkin sebab aku pernah dengar ungkapan ni, “nak tengok tuan rumah itu pembersih atau tidak, tengok pada bilik airnya”. Maka impactnya sangat besar pada aku.

Pernah pada satu ketika, aku tahu bila housemate bawa balik kawan ke rumah. Since duduk berdua, mudah sahaja detect habit masing-masing dalam menggunakan tandas. Cara letak barang, cara menggunakan paip, cara selepas menggunakan toilet dan sebagainya. Aku bukanlah super kemas. Tapi asalkan bersih. Mustahillah kita nak dapat bilik air tak basah. Although sesekali air terpercik keluar, aku boleh faham. Asalkan bukan tabiat kencing bertaburan sehingga hancing lantai. Atau tidak pam toilet selepas guna (kecuali tiada air). Cerewet aku lebih pada kebersihan.

Photo from internet
Photo from internet

Sejak pindah ke sini, masalah utama bilik air aku adalah, ia cepat berlumut dan toilet bowl cepat menjadi kuning kerana air yang kotor. Kena pula, tile bilik air jenis yang mudah melekat daki, tile pula berwarna cerah tetapi susah dibersihkan. Sudah diberus, ditonyoh dengan cif, masih juga kesan lumut, daki dan kotoran tidak hilang. Naik tension aku. Semasa cuti raya adalah the worst. Kerana pulang beraya tergesa-gesa, semasa meninggalkan rumah, lantai bilik air masih basah. Setelah seminggu, ia menggering sendiri, habis kotoran di lantai melekat kuat pada tar. Puas aku gosok dah berus, masih tidak mahu hilang. Aku sapukan cif seharian, juga tidak berkesan. Sehinggalah aku menjumpai Tilex dari Clorox.

Aku agak ini produk baru. Setelah menggunakannya sangatlah berpuas hati. Hilang semua kesan-kesan degil selama ini. Ada juga bahagian lantai dan dinding yang selama ini kesannya degil, hilang tanpa perlu ditonyoh. Aku semburkan sebelum tidur, kesemua bahagian yang berlumut dan kotoran degil sebelum aku masuk tidur. Sebaik sahaja bangun, aku lihat hampir kesemua kotoran degil sudah sama sekali hilang ataupun pudar. Dan setelah digosok dengan sabun lantai, ianya bersinar. Produk ini sangat amazing.

Contoh gambar di bawah adalah kesan degil pada tile dinding yang tidak pernah hilang. Puas aku gosok dan sental selama ini. Sedikit sahaja berkurang. Kulat-kulat degil tu seolah sudah sebati di celah-celah tile tersebut. Aku sembur tilex dan biarkan sahaja tanpa menyental. Lihatlah hasilnya selepas beberapa jam. Cerah tanpa perlu menyental. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat. Hasilnya seperti di bawah. Although xde la sampai bersinar-sinar, tapi better than before sebab selama ni memang langsung tak hilang kotoran degil tu.

Sebelum dan selepas disembur tilex
Sebelum dan selepas disembur tilex

Amaran keras: ia mengandungi bahan kimia seperti clorox dan bahan-bahan aktif lain. Pastikan ia disimpan di tempat tinggi jika anda mempunyai anak kecil. Selain itu, ia mungkin merengsakan kulit jika anda berkulit sensitif. Peringatan, bau kimianya juga sama seperti clorox dan sangat kuat. Maka berhati-hati ketika menggunakannya.

Didatangkan dengan kepaala penyembur, maka ia amat mudah digunakan. Harganya sekitar RM10.90 – RM13. (Maaflah sebab aku tidak ingat harganya). Selamat mencuba

Advertisements

3 thoughts on “Menghapuskan daki kotoran di bilik air

  1. teruja nak cuba ni sebab bilik mandi saya memang banyak kesan lumut degil ni, rasa xslera nak guna pun ada..thank u so much for the info. Balik keje ni trus nak beli hehe…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s