Health & Beauty Tips

Hair epilator: Phillips Satinelle HP6400 Epilator

Epilator Philips Satinelle HP6400
Epilator Philips Satinelle HP6400

Dulu aku pernah tanya siapa pernah pakai tweezer. Pada sesiapa yang ada baca entry aku, mesti ingat. Setelah menghabiskan banyak duit pada razor dan juga Veet. Akhirnya aku decide beli epilator setelah mendengar banyak yang baik dari buruknya. Juga setelah mendengar negatif effect dari menggunakan razor.

Last month, aku end up beli this epilator Philips Satinelle HP6400. Baru aku faham beza epilator and tweezer. Tweezer ni macam pengepit manual jer, tanpa electrik. Manakala epilator menggunakan kuasa electric atau bateri. Tweezer lebih pada mencabut bulu-bulu sedikit seperti kening, atas mulut atau mana-mana area yang kurang berbulu. Epilator untuk bikini line, kaki, armpit, tangan dan lain-lain.

Menggunakan epilator
Menggunakan epilator

Aku ada juga baca review pasal penggunaan epilator ni sebelum membelinya. Tapi aku xde la kiasu dengan mana-mana brand. Aku cuma nak tahu kelebihan menggunakannya. Ramai yang cakap guna epilator lebih bagus dari menggunakan razor. Pertamanya, bulu yang dicabut sehingga ke akar. Maka penumbuhan bulu baru adalah lebih lambat. Keduanya, ia menjimatkan kos dari segi jangka panjang. Cost epilator dari serendah awal RM100 sehingga ke RM700. Jadi boleh pilih dari senarai harga yang diterima poket. Sekali cost whole body waxing pun dah beratus. So why not kan? Ketiga, jika digunakan selalu. Bulu akan lebih kurang tumbuh, dah bulu-bulu yang tumbuh akan lebih halus berbanding mencukur. Perbuatan mencukur boleh menyebabkan bulu bertambah tebal dan tumbuh lebih banyak pada lubang roma yang sama. Sesetengah liang roma boleh tumbuh sampai 3 helai bulu di tempat yang sama. Dan ke-empat, yang reason aku paling suka. Ia mampu menghilangkan kehitaman pada bhgn armpit jika digunakan di situ. Sebab kesan mencukur menyebabkan kerengsaan kulit dan menjadikan armpit terluka dan berwarna hitam. Setelah beberapa bulan menggunakan epilator, Insya Allah kulit akan kembali cerah.

Aku ambil keputusan beli Satinelle ni jer. Memandangkan harganya RP: RM129. Masa aku beli ni, ada diskaun di Harvey Norman. Aku dapat RM99 jer dengan 2 tahun waranty. Actually tu extended waranty, biasa cuma setahun. Dekat guardian pun ada model yang sama.

My epilator
My epilator

Kenapa aku beli model ini? Kenapa tak beli model yang lebih baik? Reasonnya sebab aku ni kebiasaannya tak tahan sakit. Even mencukur di bahagian betis pun mampu membuatkan kulit aku menggelupas dan terasa tidak selesa. Aku cuba-cuba je nak pakai. So beli yang murah dulu, takut tak sesuai atau aku tak tahan sakit. So far, Alhamdulilah, okay jer. Makin lembut kulit tu, makin kuatlah sakitnya. Tangan dan betis tiada masalah. Cuma ketiak sedikit sakit, pertama kali menggunakannya, aku terluka dekat ketiak. So make it worst.

Cara menggunakannya, di bahagian lebih lembut, tarik skin anda, jadikan tegang. Kena guna dedua tangan, tangan pertama pegang epilator, tangan kedua pegang skin anda dan tegangkan. Barulah tak sakit. Jika berlipat-berlipat (contohnya ketiak), confirm akan sakit.

Epilator yang aku beli ni datang dalam satu kepala pencabut dan satu mesin badannya sahaja. Pakai wyre, tapi wyre sangat panjang. Boleh dicuci mata pencabut bulu tu, maknanya boleh dibasuh di bawa paip air (cuma mata sahaja ya, bukan mesin). Yang ni tiada bag, jika beli yang lebih mahal, ada beg. Jenis satinelle ni ada 2 kelajuan, jadi gunakan mengikut tahap keselesaan. So far aku pas hati jer. Aku tahu berapa aku bayar, jadi xde la demanding sangat.

My epilator
My epilator

Jenis lain yang lebih mahal, datang dengan pelbagai feature. Ada jenis wireless, pakai bateri. Ada yang datang dengan kelajuan lebih banyak. Ada yang dijual dengan beberapa set seperti epilator, tweezer dan razor. Ada yang ada beg dan macam-macam lagi. Bagi aku, tepuk poket tanyalah kemampuan.

Apa yang membuatkan aku beli epilator ni sebenarnya sebab kos masa panjang yang berbaloi. Ada orang cerita, mereka dah pakai sampai 7 tahun. Really worthy bagi aku. Setahun pun aku dah habis beratus beli veets dan razor.

Anyway pada sesiapa yang berminat, selamat mencuba.

Advertisements

One thought on “Hair epilator: Phillips Satinelle HP6400 Epilator

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s