Health & Beauty Tips

Produk Untuk Kulit Sensitif dan Eczema

Seperti yang pernah aku ceritakan pada entri-entri lepas, aku mempunyai kulit yang sangat sensitif. Silap makan, tak cukup tidur, stressed, sea food, udara kotor, masalah menstrual yang tidak tetap, lambat cuci muka dan bahan mekap yang tidak sesuai akan menambahkan masalah kulit. Akhir tahun lepas, masalah eczema sangat ketara sehingga aku terpaksa ambil banyak supplement, on steroid cream selama lebih dari 6 bulan dan macam-macam lagi usaha yang diperlukan. Teringin sekali nak ada kulit flawless dan comel macam Nora Danish, tapi sangatlah mustahil dan berangan.

Oleh sebab-sebab di atas, aku perlu sangat berhati-hati dengan apa yang aku consume, tak kesah la dari segi product muka atau juga pemakanan. Totally No-No untuk belacan, udang, ketam, ikan masin, seafood dan seangkatan dengannya. Silap makan sikit jer, akan ada bengkak pada kelenjar leher, macam ada nanah jerawat dalam. Dah la x boleh picit, sakit dan apabila kering, ia berparut. Sedihhhh!!! Nasib pakai tudung, so tak nampak ler bahagian leher ni.

On the top of kesemua supplement dalam entri dulu tu, aku juga memakai toiletries, personal care dan beauty product yang less-harmed, khas untuk kulit sensitif. Mulakan dengan bahan-bahan asas:

Cetaphil cleanser
Cetaphil cleanser

1. Cetaphil Cleanser

Mula-mula kulit aku bermasalah, aku totally tak boleh pakai any chemical product. such as shower foam, pembersih muka, sabun, bedak muka dan lain-lain. Badan naik eczema di sekitar lengan. Manakala muka pula naik jerawat berbiji-biji dan menggelupas. Aku dinasihatkan oleh doktor jangan pakai sebarang shower foam dan pencuci muka. Sesatunya jenis yang aku boleh pakai adalah cetaphil. Cetaphil ni boleh dipakai di muka dan juga badan. 2 in 1 cleanser la. Cetaphil ni tidak berbuih sebab dia bukan base sabun. Cuma bila aku cuci dengan cetaphil aku selalu rasa tak puas, sebab tanpa buih rasa macam tak bersih jer. Was-was jadinya padahal bersih jer sebenarnya. Masa ni aku totally stop dengan any face cream

SkinLabs
SkinLabs

2. Derma Health’s Skin Lab

Selain Cetaphil, product lain yang juga cukup lembut pada muka ialah Skin Labs. Aku guna Sensitive & Dry Skin – Gentle Skin Cleanser. Texturenya almost sama macam Cetaphil. Bau pun hampir nak sama. Tidak berbuih sangat. Harga jauh lebih murah dari Cetaphil, sekitar RM 35++ untuk 500ml, sangat berbaloi. Sekarang ni aku guna Skin Labs ni sebab harganya jauh lebih rendah. Mungkin kerana product ini tidak sefamous cetaphil.  Memandangkan kulit sensitive tetapi combination juga, product ni membantu. Sebab adakala kulit aku sangat berminyak, di kala lain pula tiba-tiba kering sampai menggelupas.

Eucerin body wash lotion
Eucerin body wash lotion

3. Eucerin body wash lotion

Untuk mandian pula aku selang-selikan antara Cetaphil dan Eucerin Body Wash Lotion. Since mandian ni agak mosturiser, mereka tak namakan body foam tapi wash lotion. Aku langsung tak boleh pakai mandian base sabun atau yang kuat chemicalnya macam dettol, protex dan seangkatannya. Lepas pakai Eucerin ni baru kulit kurang kering dan ruam kulit berkurangan. Selain cetaphil dan eucerin, terdapat product lagi yang boleh dicuba, cuma kebanyakan product mandian yang tidak terlalu kuat sabunnya ni, harganya memang lebih mahal berbanding jenis-jenis biasa. Aku dah cuba brand2 biasa yang cakap ada mosturiser, semuanya tak berkesan dan menambahkan masalah kulitku. But I still open for options, if korang pernah come accross product yang bagus especially untuk kulit sensitive dan eczema, boleh la suggestkan.

Biore' UV Aqua
Biore’ UV Aqua

4. Biore’ UV – Aqua Rich Watery BB

Selepas muka penuh parut jerawat ni, nak keluar rumah macam adalah sedikit malu. Tetapi nak tampal bedak berpuluh inci dengan chemical yang entah apa-apa juga sangat merisaukan. Sebelum ni aku mencuba produk BB Cream berjenama Hada Labo. Tetapi semasa aku mencuba product Hada Labo, kulit aku tengah mengalami eczema yang teruk. Jadi aku stop, aku doubt berpunca dari product ni tetapi untuk langkah berhati-hati aku mencari UV dan BB cream water base. So aku jumpa produk ini. Alhamdulilah, ia tidak berminyak. Infact, sangat kering, jadi kulit tidak bertambah jerawat  sebab ia tidak berminyak. UV BB ni sangat lite jadi warnanya tidak setebal BB cream lain. Jika pakai, tak obvious sangat tengah pakai cream.  Ada sun-proof 50++PA juga. So tak perlu pakai sun-block lagi and most of the time aku memang apply ni sebagai sun-block. Bila tidak keluar bekerja dan sekadar keluar bersantai, aku apply BB cream ini tanpa sebarang bedak asas. Harga sekitar RM32++. Biore’ UV Aqua Rich ni ada banyak range. Yang aku guna seperti di dalam gambar. Ada 2 jenis, satu BB biasa seperti yang aku beli, satu lagi Whitening. Warna packingnya adalah Peach. Actually Biore’ UV Aqua ni ada banyak range. As long as namanya Aqua, memang base air. Semuanya tidak berminyak. So bolehlah anda cuba yang mana berkenan di hati.

Bio-Oil
Bio-Oil

5. Bio Oil

Untuk mengurangkan kerengsaan kulit, aku campurkan BB cream tadi dengan setitik Bio-Oil. Ini membantu mengurangkan parut dan juga menjimatkan penggunaan mosturiser cream anda. Bukan pada foundation sahaja, boleh ditambahkan pada any facial cream yang anda ada. Letakkan facial cream pada tapak tangan, titikkan setitik Bio-Oil tadi. Ratakan ditapak tangan dan sapu ke muka. Seperti yang diwar-warkan pada iklan, bio-oil boleh membantu mengurangkan parut. Boleh juga digunakan untuk membuang/mencuci mekap. Lapkan dengan bio-oil sebelum dicuci muka dengan pencuci muka. Boleh juga disapukan sedikit pada muka sebelum tidur.

 

Anti FR & Selenium
Anti FR & Selenium

6. Bio-Life Anti-FR + Selenium

And last sekali, tambahan kepada vitamin dan supplements yang aku ambil sebelum ni adalah Anti-FE + Selenium dari Bio-Life. Kenapa Bio-Life? Sebab ni Si^C0m3y yang belikan. Aku tak berapa nak pasti brand lain ada tak. Ni combinations Antioxidant vitamins such as A,C,E dan Zinc. Sebenarnya aku patut makan Zinc untuk masalah eczema dan kulit aku. And kesan efektifnya agak ketara, kerengsaan kulit berkurang. Eczema yang selalu bengkak dan merah di lengan tu biasanya akan jadi lagi teruk pada cuaca panas atau jika aku lambat mandi kerana balik kerja lambat dah kering dan kurang merah. Cuma kadang-kadang aku terlupa nak makan. Bila aku tanya pakcik google, memang betul, zinc mampu membantu kulit bermasalah.

Well anyway ni semua usaha. Actually kalo kulit korang boleh memakai any product pada harga yang lebih rendah, aku syorkan stick je pada product korang, tak perlulah ikut orang. Untuk aku ni, adakala terasa perit juga poket ni. Just wish my skin will eventually matured and wont cause me anymore problems.

7. Bedak Thanakha

Last sekali aku gunakan bedak thanakha sebagai masker malam atau alas bedak. Review pasal bedak Thanakha ni korang boleh baca di sini. Cuma nak diingatkan, ia berkesan pada aku, mungkin tidak pada korang. So cubalah pack kecil dulu sebelum beli yang besar.

Advertisements

14 thoughts on “Produk Untuk Kulit Sensitif dan Eczema

  1. salam ,,,saya ade masalah kulit pada bahagian leher,cuaca panas dan berpeluh membuatkan kulit saya terlalu gatal dan merah.mcm2 sabun antibakteria dan cream steroid.semuanya x berkesan.,.last2 saya guna eucerin wash lotion dengan ph5 lotion,.sekali je guna lepas tu kulit x rasa gatal lg,,memang berkesan..

    1. Cuba juga jaga pemakanan. My skin was really bad infected last year. Elakkan terus makan benda-benda gatal macam kerang, udang, sotong, belacan, ketam dan lain-lain yang boleh menjadikan kulit lagi teruk.

    1. ya. sama. memula susah sangat nak tinggalkan sambal belacan. cause makan nasi, xde lauk pun xpe, ada ayam/ ikan seketul dengan sambal pun dah cukup. tapi lama-lama dah boleh tinggalkan. lepas tu kurang rasa nak makan nasi. banyak makan roti jer.

  2. anak sy umur 3 tahun ada ekzema. ekzema datang sejak dia umur 1.3 tahun. skang kulit dia dah beransur cantik. siang pakai aqueous cream. malam pakai melaleuca cream. suplemen ambil olivenol. olivenol mmg elok utk sesiapa yg ada ekzema & psoriasis. boleh dapatkan di farmasi.

  3. salam.. just nak share..saya pon ada masalah yg sama tapi seteruk saudari. saya guna product Sebamed. harga seangkatan dgn cetapil/eucerin tp tahan lama.my first trial>liquid face&body wash.puas ati sgt..but as I’m aging,I need products of anti-aging.for this, i used Simple.puas ati juge. now tengah nak try product Skinfood. katanye product ni pon utk kulit sensitif mcm kita ni 🙂
    http://www.sebamed.com/
    http://www.simple.co.uk/
    http://www.theskinfood.com.my/
    btw, sebaMed & Simple ada kat Watson/Guardian

  4. assalamualaikum, Nice entry, saya ada masalah macam awak, lau salah makan nanti gatal-gatal and ruam merah naik kat leher and belakang lutut, yang teruk kat leher tak tahu napa, bahgian badan lain okay huu, kadang sakit sampai nak toleh pun x boleh sebab kulit kering bersisik n jadi gelap 😦 nanti saya nak cuba dapatkan barang yang awak senaraikan , hope berkesan pada saya huuu TQ.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s