Daging · Mee · Resepi

spaghetti bolognese

Raya kali ni masak sesuatu berbeza dari biasa. Bukan rendang ayam, nasi himpit, bihun sup atau laksa, tetapi spaghetti. Ni masak atas permintaan Angah. Gambar curi dari internet je boleh?? Sebab aku malas nak shot.

Spaghetti bolognese: Pic from internet

Bahan spaghetti:

  • 1 peket spaghetti
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 periuk air

Bahan untuk sos bolognese:

  • 1/2 peket daging cencang segera (diperap dgn sedikit serbuk perasa)
  • 4 camca besar cilih kisar @ cili boh
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji carrot (dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
  • 2 biji tomato hijau@separuh masak (dipotong dadu)
  • 4 biji tomato merah ranum (diblender hancur)
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan minyak masak
  • Air masak secukupnya
  • Bahan perasa
  • Garam
  • Gula
  • Daun parsley

Cara memasak spaghetti:

  1. Panaskan seperiuk air sehingga mendidih. Masukkan 2 sudu minyak masak tadi.
  2. Rebus spaghetti sehingga masak. Angkat dan toskan.

Cara memasak sos bolognese:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan bawang putih dan bawang besar, goreng sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh garing.
  3. Masukkan pula cili boh dan kacau sehingga pecah minyak. Tambahkan minyak jika tidak mencukupi.
  4. Campurkan pula tomato blend dan sos tomato. Masak sehingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  5. Apabila kuah sudah sebati, rasa tomato mentah sudahpun masak, masukkan bahan-bahan yang lain. Tambahkan bahan perasa, garam dan gula secukup rasa. Air mungkin perlu ditambah dari masa ke semasa.
  6. Kacau semua bahan sebati. Apabila semua sayur sudah empuk, bolehlah tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Advertisements

4 thoughts on “spaghetti bolognese

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s